SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 36 tahun yang didakwa menetak lengan teman wanitanya di sebuah flat Lembaga Perumahan, Bukit Panjang telah ditahan di tempat kejadian pada pagi Sabtu. Lianhe Wanbao melaporkan bahawa kejadian itu berlaku pada kira-kira pukul 8 pagi di Blok 632A, Senja Road. Pihak polis memberitahu The Straits Times mereka telah dimaklumkan mengenai kejadian itu pada pukul 8:11 pagi dan kes diklafikasikan sebagai "sengaja menyebabkan kecederaan parah dengan senjata berbahaya". Polis berkata, seorang wanita berusia 34 tahun dihantar Hospital Ng Teng Fong dalam keadaan sedar manakala seorang lelaki ditahan berhubung kes itu. Siasatan polis masih berjalan. Pasukan Pertahanan Awam Singapura memberitahu ST, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pukul 8.15 pagi dan terus menghantar sebuah ambulans. Mangsa dilaporkan mengalami kecederaan yang agak teruk. Sementara itu, jiran memberitahu Wanbao, pasangan tersebut berpindah ke situ lebih kurang dua atau tiga bulan lalu. Dipercayai jiran telah menghubungi pihak polis selepas mendengar pasangan itu bergaduh. -The Straits Times/Asia News Network