"Tindakan spontan mereka dalam membantu penumpang yang memerlukan bantuan adalah sangat penting dalam sektor pengangkutan," kata Budi dalam akaun rasmi Twitter Kementerian Pengangkutan.
Pengiktirafan tersebut diberikan kepada syarikat-syarikat penyedia pengangkutan yang menawarkan perkhidmatan cemerlang.
Anugerah yang sama telah diberikan kepada pasukan Keselamatan Penerbangan di lapangan terbang atas usaha mereka dalam mencegah penyeludupan dadah.
Naib Presiden Komunikasi Korporat syarikat penerbangan negara, Benny S. Butarbutar berkata kejadian itu berlaku selepas pesawat itu mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta petang Sabtu.
Vera telah mendekati penumpang warga tua itu, yang ditemani seorang ahli keluarganya, tetapi masih kekal di tempat duduknya walaupun penumpang lain telah meninggalkan pesawat.
Apabila mendapat tahu warga emas itu merupakan sebahagian daripada rombongan jemaah umrah dan perlu meneruskan perjalanan dengan penerbangan seterusnya, beliau terus menawarkan bantuan memandangkan bantuan kerusi roda masih belum tiba.
Vera dan pengurus perkhidmatan penerbangan Ninik Septinawati menawarkan diri untuk membantu warga emas itu dengan cara mengendongnya di belakang menuju pintu keluar pesawat.
Kerusi roda yang ditunggu kemudian tiba tidak lama selepas Vera mengendong penumpang itu, jelas Benny.
Ramai netizens Indonesia telah memuji tindakan Vera. - The Jakarta Post / Asia News Network