suria

Kanak-Kanak Bunuh Diri Secara Langsung Di FB

RAKAMAN video yang menunjukkan seorang kanak-kanak berusia 12 tahun membunuh diri secara langsung tersebar di laman sosial selepas mangsa dipercayai mengalami gangguan seksual dan penderaan fizikal.

Dalam video yang disiarkan secara langsung menggunakan aplikasi di Facebook, Katelyn Nicole Davis mendakwa ayah tirinya melakukan perkara tersebut ke atas dirinya menyebabkan dia mengambil keputusan nekad untuk menggantung diri di taman belakang rumah ibu bapanya.

Nicole yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Cedartown di Georgia, Amerika Syarikat menyiarkan rakaman itu pada 30 Disember lalu sebelum video berkenaan dipadamkan.

Namun video tersebut sudah tersebar luas dalam laman sosial dan web, menyebabkan pihak polis mengalami kesukaran untuk memadamkan rakaman selama 20 minit itu.

Susulan kejadian tragis tersebut, pihak polis meminta semua pihak yang menyiarkan video berkenaan supaya memadamkannya agar tidak mempengaruhi kanak-kanak lain dan mengganggu emosi keluarga mangsa.

Siasatan berhubung dakwaan mangsa itu telah dijalankan dan nasib ayah tirinya masih belum diketahui.


Bunuh Diri

Artikel Lain