suria

Trump Pecat 80 Duta

Ribuan penunjuk perasaan berarak sehari selepas Donald Trump mengangkat sumpah sebagai Presiden AS ke-45.

WASHINGTON: Sejurus selepas mengangkat sumpah Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump memecat semua duta negara itu di seluruh dunia yang dilantik Barack Obama.

Keputusan itu adalah satu lagi tindakan drastik pada hari pertama pelantikannya itu selepas memutuskan untuk menarik diri daripada TPPA dengan 12 negara rantau Asia.

Setakat ini, 80 duta untuk negara, agensi dan isu seperti duta untuk isu-isu wanita global dipecat dengan segera.

Antara negara yang terlibat ialah Jerman, United Kingdom dan Kanada, serta beberapa sekutu kritikal lain. AS juga sedang mencari pengganti untuk jawatan tersebut di negara-negara seperti China, India, Jepun dan Arab Saudi.

Media tempatan termasuk New York Times dan The Independent melaporkan, bagaimanapun belum ada senarai pengganti untuk mengisi kekosongan jawatan duta itu.

Setiap duta yang dilantik bekas presiden itu diminta  meninggalkan pejabat pada waktu tengah hari Sabtu dan tiada tempoh penangguhan diberikan.

Pada 23 Disember lalu, pasukan peralihan kuasanya memberitahu, ‘tiada pengecualian’ diberikan untuk duta yang memohon untuk melanjutkan tempoh perkhidmatan selepas hari pelantikan Trump.

Tindakan itu adalah berbeza berbanding Presiden lain dan arahan itu turut tertakluk kepada duta yang mempunyai anak kecil.

Bagaimanapun adalah menjadi dasar biasa duta yang dilantik secara politik meletakkan jawatan pada permulaan pentadbiran baharu, namun luar biasa apabila tiada pengganti yang dilantik.

Langkah itu menyebabkan banyak negara ‘kosong’ tanpa perutusan yang disahkan Senat selama beberapa bulan akan datang, sekali gus memutuskan hubungan langsung dengan Presiden termasuk di negara yang mempunyai hubungan sensitif dengan AS.

Proses menggantikan duta yang dilantik secara politik biasa mengambil masa yang panjang dan dilakukan oleh Kongres.

Beberapa pelantikan sudah dibuat setakat ini seperti Gabenor Carolina Selatan, Nikki Hayley dilantik sebagai duta ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi menggantikan Samantha Power.

Peguam yang diisytiharkan muflis, David Friedman pula dilantik sebagai Duta ke Israel dan Gabenor Iowa, Terry Branstad dipilih sebagai wakil di China.

Bekas isteri pertama Trump, Ivana turut dilaporkan menyatakan hasrat untuk menjadi duta ke negara asalnya, Republik Czech. 
Trump, Obama, duta

Artikel Lain