suria

Bayi Berkaki Empat Lahir Di India

NEW DELHI: Seorang bayi lelaki lahir dengan memiliki empat kaki dan dua organ kemaluan di sebuah hospital di India, baru-baru ini.

Bayi pasangan Lalitamma dan Chennabasava itu dilahirkan kira-kira pukul 4.23 pagi Sabtu lalu dan doktor mengesahkan proses kelahiran tersebut berjalan secara normal.

Ibunya, Lalitamma, 23, menyifatkan bayinya itu sebagai anugerah Tuhan dan dia pada awalnya enggan membawa anaknya mendapatkan rawatan di hospital lain.

Bagaimanapun selepas dipujuk oleh keluarganya, wanita itu membawa bayi tersebut ke sebuah hospital pakar di Ballari dekat negeri Karnataka.

Lalitamma berkata, dia sebenarnya sedia membesarkan bayi itu dalam keadaan yang sedia ada.

"Anak pertama saya yang dilahirkan tiga tahun lalu berada dalam keadaan sihat.

"Kami merupakan orang miskin dan tidak mampu membayar kos perubatan yang mahal," katanya.

Dr Virupaksha, yang membantu proses kelahiran anak itu memberitahu Times of India, bayi itu dirujuk ke Institut Sains Perubatan Vijayanagara (VIMS).

"Bayi itu kini dalam proses pemantauan sebelum pembedahan dilakukan," katanya.


Bayi Kaki Empat

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

'Bunuh Semua Bayi Lelaki'

Artikel Lain