suria

'Budak Sihir' Kini Mula Bersekolah

ABUJA: Mungkin ramai pernah terbaca kisah penemuan seorang budak lelaki dua tahun yang ditinggalkan oleh ibu bapanya dalam keadaan kelaparan di Nigeria kira-kira setahun lalu.

Menurut laporan Dailymail, dia dibuang oleh keluarganya selepas ibu dan bapanya menyangka dia adalah seorang ahli sihir dan ditemukan di jalanan oleh seorang aktivis kemanusiaan warganegara Denmark yang tinggal di Afrika, Anja Ringgren Loven pada Januari 2016.

Kanak-kanak itu ditemukan dalam keadaan kurus kering, berbogel dan perutnya penuh dengan cacing selepas ditinggalkan.

Kini segalanya telah berubah apabila kanak-kanak berkenaan yang dinamakan Hope kini hidup sihat dan sudah berisi, dia kini telah menghadiri hari pertamanya di sekolah.

Setelah genap setahun, baru-baru ini Loven memuat naik gambar-gambar semasa menemui Hope ke laman Facebooknya di mana keadaan sebelum dan selepas dia memegang botol air dan memberi kanak-kanak itu minum.

Untuk memulihkan semula Hope, Loven telah mengambil masa kira-kira lapan bulan di mana semasa menemuinya, wanita itu membawanya ke hospital untuk mendapatkan rawatan di mana dia diberikan ubat cacing untuk membuang cacing dalam perut dan menjalani pemindahan darah setiap hari bagi menambah lebih banyak sel darah merah dalam badannya.

Beberapa hari kemudian, Loven telah memuatnaik sebuah status di mana dia meminta bantuan orang ramai kerana kos merawat Hope terlalu tinggi, apa yang mengejutkan dia telah menerima sumbangan kira-kira satu juta dolar hasil sumbangan orang ramai dari seluruh dunia.

Kini Hope sudah mampu mengukir senyuman di mana Loven sering memuatnaik gambar dan video terbaru Hope di laman Facebooknya.


Hope, Anja Ringgren Loven

Artikel Sebelum

Nestle Perkenal KitKat 'Sushi'

Artikel Lain