suria

Meninggal Dunia Ketika Beraksi Atas Pentas

NEW DELHI: Seorang penari di India meninggal dunia ketika beraksi di atas pentas, tetapi penonton menyangka kejadian itu merupakan sebahagian daripada persembahan.

Penari berusia 48 tahun yang dikenali sebagai Omanakuttan mempamerkan tarian klasik India iaitu Bharathanatyam, bersama gurunya, Sivan Malyankara.

Tragedi itu sempat dirakamkan oleh seorang penonton yang menunjukkan pasangan penari itu beraksi di sebuah festival di pekan Paravur, selatan India.

Omanakuttan tiba-tiba rebah dan terlentang di lantai pentas tanpa disedari gurunya yang sedang membelakangi mangsa.

Namun apabila menyedari keadaan anak muridnya, Malyankara terus menarik tirai pentas dan meminta bantuan.

Sebelum rebah, Omanakuttan kelihatan sihat dan mampu mempamerkan tarian menggunakan sebelah kaki tanpa sebarang masalah.

Penari profesional itu dibawa ke hospital swasta di Paravur tetapi diisytiharkan meninggal dunia sebaik sahaja tiba.

Punca kematian masih tidak dapat dipastikan.

Omanakuttan terlibat dalam dunia tarian lebih 25 yahun dan telah membuat persembahan lebih 400 pentas di seluruh India.

Omankuttan, Penari

Artikel Sebelum

AS Benarkan Perogol Saman Mangsa

Artikel Berikut

Artikel Lain