suria

Remaja Maut Tercampak Permainan Buaian

CHONGQING: Seorang remaja perempuan maut selepas tercampak dari permainan buaian 'A Journey in Space' yang tiba-tiba rosak di sebuah taman hiburan dekat Fengdu County pada petang Jumaat.

Kejadian itu sempat dirakam seorang pengunjung yang kemudian memuat naik video ngeri tersebut ke laman media sosial.

Rakaman video itu menunjukkan alat pengunci keselamatan tempat duduk mangsa berusia 14 tahun itu terbuka secara tiba-tiba.

Akibatnya, badan mangsa terhentak pada papan tanda permainan berkenaan sebelum tercampak ke lantai.

Orang ramai yang menyaksikan kejadian itu menjerit ketakutan, sehingga ada segelintir pengunjung bertempiaran lari kerana bimbang jika serpihan objek menimpa mereka.

Beberapa orang awam dilihat mendekati mangsa dan cuba menyelamatkannya dengan melakukan bantuan pernafasan dari mulut ke mulut (CPR).

Namun, mangsa disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di hospital.

Pihak berkuasa sedang menjalankan siasatan dan mengambil keterangan saksi kejadian.



permainan buaian, China

Artikel Sebelum

AS Ada Ramai Pembunuh - Trump

Artikel Lain