suria

Trump Saman Penerbit Daily Mail

ROCKVILLE: Selepas gagal pada cubaan menyaman Mail Media Incoporated di Maryland sebelum ini, Wanita Pertama Amerika Syarikat (AS), Melania Trump memfailkan semula saman fitnah terhadap syarikat itu di Mahkamah New York.

Syarikat penerbit laman web Daily Mail itu dikatakan telah menyiarkan laporan yang memalukan diri isteri Presiden AS, Donald Trump.

Malahan, tindakan undang-undang terdahulu difailkan suaminya sendiri tetapi ditolak hakim kerana ia dikatakan tidak sepatutnya difailkan di negeri berkenaan.

Susulan itu, saman itu kini difailkan di New York terhadap syarikat yang beribu pejabat di bandar raya itu.

Ia bakal berdepan tuntutan ganti rugi berjumlah AS$150 juta (RM664 juta).

Trump sebelum ini menyaman Mail Media bersama penulis blog Webster Tarpley kerana menyiarkan laporan yang mengatakan wanita pertama itu pernah bekerja sebagai pelacur kelas atasan.

Tindakan undang-undang itu difailkan di Maryland selepas Tarpley dan Daily Mail menarik balik dakwaan itu.

Bagaimanapun, saman terhadap Tarpley diteruskan di Maryland. - AP






Trump, Daily Mail

Artikel Sebelum

Artikel Lain