suria

Hari Tanpa Migran Protes Terkini Terhadap Trump

PELBAGAI bisnes di seluruh Amerika Syarikat (AS) tidak beroperasi pada Khamis, dan golongan warga asing di negara itu juga enggan berbelanja pada "Hari Tanpa Migran" itu.

Ia sebagai langkah protes dan membuktikan kepada pentadbiran Presiden Donal Trump mengenai pentingnya peranan dan sumbangan migran untuk ekonomi AS susulan tindakan imigresen negara itu terus menahan warga asing.

Malahan, pemilik perniagaan dan migran juga sependapat untuk menunjukkan solidariti terhadap golongan itu.

Pemilik restoran Little Red Fox di Washington D.C, Matt Carr berkata, dia tidak berhadapan masalah dengan tindakan pekejanya di kalangan migran yang turut mogok.

"Tiga tukang masak saya mogok hari ini, mereka semuanya bimbang nasib keluarga dan masa depan di sini," katanya yang berterima kasih kepada pekerja terlibat kerana menyiapkan kerja mereka sebelum terlibat dalam protes itu.

Pekerja migran itu menyediakan nota memaklumkan majikan mereka mengenai kerja-kerja yang telah disiapkan untuk memastikan restoran itu dapat beroperasi seperti biasa.

Katanya, tanpa pekerja migrannya yang begitu berdedikasi tentunya sukar untuk meneruskan operasi seperti biasa ketika mereka mogok.

Sementera itu, Unum, sebuah restoran yang terletak berdekatan Rumah Putih juga menyokong boikot itu tetapi dengan menunjukkan komitmen pekerja migrannya.

"Kami menyokong "Hari Tanpa Migran" dan selepas berbincang dengan pekerja, kami memutuskan untuk beroperasi hari ini.

"Pelanggan perlu tahu bagaimana pekerja migran penting bagi kami, malahan mereka juga berdedikasi dan bekerja keras setiap hari, tentunya sukar tanpa mereka," katanya.

Seorang warga Mexico yang berhijrah ke Texas pada 1988, Saujuana Gonzales mengambil keputusan untuk tidak bekerja pada Khamis sebagai tanda sokongan kepada "Hari Tanpa Migran".

Gonzales yang kini memiliki ijazah dalam pengurusan penjagaan kesihatan bertugas menguruskan kontrak program khidmat sosial.

"Saya mengambil cuti semata-mata kerana protes itu dan kami sekeluarga memutuskan untuk tidak makan diluar kerana tidak mahu berbelanja hari ini. Inilah antara caranya untuk memberi impak supaya kerajaan sedar sumbangan kami kepada ekonomi negara," katanya.-CNN


migran, AS, Trump

Artikel Berikut

Artikel Lain