suria

Sanggup Tikam Diri Sendiri Sebab Tidak Mahu Bekerja

TOKYO: Gara-gara tidak mahu datang bekerja, seorang lelaki di Jepun sanggup menikam dadanya sendiri menggunakan pisau dapur yang tajam.

Perbuatan lelaki berkenaan, Masaru Miura terbongkar selepas dia ditahan pihak polis dan mengaku berbuat demikian kerana terdesak tidak mahu datang bekerja.

Menurut portal Oddity Central, lelaki berusia 54 tahun itu tidak mahu hadir ke tempat kerja pada 22 Februari lalu dan mengambil keputusan untuk menikam diri sendiri di sebuah tandas di stesen kereta api bawah tanah di Nagoya, Kasugai.

Kemudian dia menelefon pihak polis dan memberitahu pihak berkuasa bahawa dia diserang oleh seorang lelaki tidak dikenali.

Apabila polis tiba di lokasi kejadian, mereka mendapati Masaru cuba menghentikan darah di bahagian pinggul akibat tikaman pisau tersebut.

Masaru mendakwa dia diserang ketika sedang membuang air kecil sebelum ditikam menggunakan pisau yang tajam oleh penyerang terbabit.

Ketika menunggu bantuan perubatan tiba, polis terus menyoalnya dan akhirnya Masaru terperangkap dengna penipuannya sendiri apabila menceritakan versi insiden yang berbeza.

Masaru kemudiannya mengakui dia sendiri yang menikam pinggulnya kerana tidak mahu pergi kerja akibat tekanan di tempat dia bertugas.

"Saya tidak mahu pergi bekerja, jadi saya sendiri melakukannya.

"Jika saya cedera, saya tidak perlu bekerja," katanya.

Berita gembiranya, Masaru tidak perlu datang bekerja pada hari berkenaan, tetapi malangnya, dia ditahan pihak polis kerana mengganggu tugas pihak berkuasa.

Masaru Miura, Tikam Diri Sendiri

Artikel Sebelum

Ibu Cekup Anak Ratah Mayat Budak

Artikel Berikut

Artikel Lain