suria

Penerbangan Pertama Di Dunia Dikendalikan Wanita Sepenuhnya

NEW DELHI: Syarikat penerbangan Air India melakar sejarah baharu apabila mengendalikan penerbangan pertama di dunia yang melibatkan krew wanita keseluruhannya.

Menurut laporan MailOnline, pesawat Ari India dari Delhi ke San Francisco itu dikendalikan oleh wanita termasuk kapten pesawat dan staf daftar masuk.

Selain itu, pengendali bagasi dan pegawai pusat kawalan udara juga merupakan golongan wanita serta staf pusat khidmat pelanggan.

Pesawat Boeing 777-200LR itu meliputi jarak 15,288 kilometer dengan tempoh masa 15 jam dan 30 minit, diketuai oleh Kshamata Bajpayee.

"Penerbangan ini adalah simbol kekuatan wanita dan akan menggalakkan golongan tersebut untuk keluar daripada zon selesa, sekali gus mencapai kejayaan dalam bidang yang didominasi oleh lelaki," katanya.

ANGGOTA krew pesawat Air India meraikan kejayaan penerbangan selama 15 jam dan 30 minit yang dikendalikan oleh staf wanita.

Kini syarikat itu memohon pengiktirafan daripada Rekod Dunia Guinness atas pencapaian tersebut dan merancang melakukan operasi sama sebagai menyambut Hari Wanita Sedunia pada 8 Mac ini.

Air India bercadang untuk meningkatkan jumlah staf wanita selepas mencatatkan peningkatan 20 peratus pada tahun ini berbanding lima peratus pada tahun sebelumnya.

Namun jumlah staf wanita yang terlibat dalam industri penerbangan di India sudah mencapai jumlah purata di seluruh dunia iaitu satu daripada 33 juruterbang adalah wanita.

Air India

Artikel Lain