suria

Cemburu Punca Gelandangan Dibakar 'Hidup-Hidup'

SEORANG lelaki gelandangan maut akibat dibakar 'hidup-hidup' apabila disimbah petrol ketika sedang tidur di tepi jalan di bandar Palermo, selatan Itali.

Perbuatan tidak berperikemanusiaan itu dirakam kamera litar tertutup (CCTV) telah menggemparkan ramai pihak.

Mangsa, Marcello Cimino ditinggalkan sendirian apabila api semakin marak membakar lelaki berusia 45 tahun itu yang tidur beralaskan tilam itu.

Susulan siasatan yang dijalankan, seorang pekerja stesen minyak berusia 45 tahun telah ditahan.

Berdasarkan rakaman CCTV itu, seorang lelaki dilihat membawa sebekas cecair dan menyimbahnya ke badan mangsa sebelum menggunakan pemetik api membakar tilam yang digunakan mangsa.

Cimino dipercayai maut dibakar angkara cemburu

Perbuatan lelaki itu juga menyebabkan berlaku letupan sebelum penyerang yang juga terkena api yang dimulakannya itu membiarkan mangsa dibakar 'hidup-hidup'.

Ketika pasukan kecemasan tiba di lokasi, mangsa telah meninggal dunia.

Laman web berita Corriere melaporkan, polis menahan pekerja stesen minyak, Giuseppe Pecoraro susulan kejadian pembunuhan itu.

Lelaki itu dipercayai telah mengaku melakukan perbuatan itu.

Menurut suspek, dia bertindak terhadap mangsa kerana mengesyaki Cimino menjalin hubungan sulit dengan isterinya.

Cimino, Palermo

Artikel Lain