suria

Warga Tua Taksub Makan Tikus

GUANGDONG: "Enak" demikian kata seorang warga tua yang mengakui menangkap dan memakan tikus sejak 20 tahun lalu.

Tabiat lelaki berusia 70 tahun itu bermula apabila jirannya mengadu mengenai masalah haiwan berkenaan yang menggigit wayar kenderaan mereka.

Video mengenai kehidupan lelaki yang hanya dikenali sebagai Yang itu tular di media sosial China baru-baru ini.

Dalam video berkenaan, Yang yang berasal dari bandar Foshan ditunjuk menggali lubang di sekeliling pokok dan meletakkan jaring panjang ke dalam lubang itu.

Pesara itu kemudian kelihatkan menabur serbuk lada pada hujung lubang sebelum menyalakan api.

Seketika kemudian seekor tikus kelihatan berlari keluar dan memasuki jaring yang dipasang Yang.

Yang mendakwa tikus mempunyai zat yang tinggi dan baik untuk kesihatan.

Menurutnya, dia akan merebus tikus itu hidup-hidup sebelum membuang bulu haiwan itu dan memanggangnya untuk dimakan.

Ada kalanya dia akan mencincang tikus yang ditangkapnya dan menggorengnya dengan bawang putih, cili serta sos khas.
Yang, Guangdong

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain