SERANGAN pengganas di luar bangunan Parlimen di Britain pada Rabu berlaku segenap setahun selepas tragedi berdarah di Belgium. Insiden tiga pengeboman berani mati di Brussels, ibu negara Belgium itu berlaku apda 22 Mac 2016. Serangan pengganas itu mengorbankan 32 orang dan ratusan orang cedera. Dua bom meletup di Lapangan Terbang Brussels di Zabentem pada pukul 8 pagi, mengakibatkan 14 orang dekat kaunter daftar masuk terbunuh. Bom ketiga meletup lebih sejam selepas itu pada pukul 9.19 pagi di stesen metro Maalbeek, mengorbankan 20 orang. Sekurang-kurangnya empat maut dalam serangan di luar bangunan Parlimen dan jambatan Westminster di London pada Rabu. Seorang daripada empat yang terbunuh adalah anggota polis yang ditikam pengganas, yang kemudiannya ditembak mati oleh pasukan pengawal di bangunan Parlimen. - Mail Online