LONDON: Polis Britain berkata, pihaknya membuat dua tangkapan penting berhubung siasatan ke atas serangan di kawasan Parlimen di London. Pihak berkuasa itu berkata, nama di sebalik serangan itu adalah Adrian Russell Ajao. Pegawai anti keganasan Britain, Mark Rowley berkata, seramai sembilan individu ditahan selepas serangan pada Rabu yang mengorbankan lima orang termasuk penyerang. Polis berkata, lelaki di sebalik serangan itu merupakan kelahiran Britain, Khalid Mansood yang menggunakan beberapa nama samaran. Mark Rowley. Siasatan dijalankan sama ada terdapat pihak lain mengarahkan Masood untuk melancarkan serangan. "Siasatan kita memberi tumpuan kepada pengaruh, operasi dan sekutunya," kata Rowley. "Walaupun tiada bukti mengenai ancaaman seterusnya, anda akan faham usaha kita untuk mengenal pasti sama ada dia sememangnya bertindak sendiri, mungkin dipengaruhi oleh propaganda pengganas, ada pihak yang menggalakkan, menyokong atau mengarahkannya." Rowley berkata, polis telah melakukan dua lagi tangkapan "penting" pada Khamis, satu di West Midlands dan satu lagi di barat laut negara itu. "Sekarang terdapat sembilan orang yang ditahan, dan seorang wanita telah dibebaskan dengan ikat jamin," katanya. Menurut Rowley, penyerang yang merempuh pejalan kaki di Jambatan Westminster sebelum menikam seorang anggota polis sehingga maut, turut mengakibatkan sekurang-kurangnya 50 orang cedera. - Reuters