suria

Polis Hairan Lelaki Tidak Tahu Kekasihnya Pondan

Pasangan Rizki Budiman dan Lauren atau Ahmad Subandi memberikan keterangan di pejabat Satpol PP Kotawaringin Barat pada 24 Mac 2017. - Foto iNewsTV/Sigit Dzakwan

KOTAWARINGIN BARAT: Ketua Polis Daerah Kobar, Herman F Lion naik hairan dengan pengakuan seorang lelaki yang mengakui bahawa dia berkasih dengan pondan walaupun sudah lapan bulan berdampingan dan pernah melakukan hubungan intim.

Portal Sinar Online yang memetik laporan Sindonews, Rizki Budiman, 26, mendedahkan perkara itu ketika memberi keterangan selepas ditangkap polis bersama pasangan kekasihnya Lauren, 21, kerana didapati berkhalwat.

"Masak (malah), sudah menjalin hubungan cinta tidak tahu itu pondan, tetapi itu urusan mereka, memang pengakuan Rizki baru mengetahui bahawa Lauren adalah pondan setelah mereka ditangkap semalam," kata Herman pada Jumaat lalu.

Rizki yang berasal dari Pinang Merah, Pangkalan Bun, dan Lauren yang berasal dari Manis Mata, Bandar Kalimantan Barat (Kalbar), ditangkap polis ketika berada di tempat gelap kawasan Pangkalan Bun Park.

Dalam pada itu, menurut polis, kedua-dua mereka dibebaskan kerana tiada bukti kukuh ketika menahan mereka.

Mereka hanya diberi teguran dengan beberapa kali Rizki berkata "dia tidak mengetahui bahawa kekasihnya pondan."

"Tidak dibawa ke mahkamah untuk bersidang, kerana ketika mereka ditangkap mereka sudah memakai baju, namun pihak keluarga kedua-duanya sudah dipanggil dan menandatangani surat keterangan untuk tidak mengulangi lagi perbuatan berkhalwat," ujar penyiasat PNS, Satpol PP dan Damkar Kobar, Lutfi.

Kekasih Pondan

Artikel Berikut

Artikel Lain