ATLANTIK: Kebakaran di bawah jambatan di Lebuh Raya Interstate 85 (I-85) di sini bukan sahaja mengakibatkan laluan itu runtuh, malahan berlaku kesesakan jalan raya teruk di situ. Pihak berkuasa bagaimanapun mengesahkan tiada kecederaan dalam kejadian berkenaan. "Kami cuba menilai kerosakan dan memastikan ia dapat diperbaiki dengan pantas," kata Gabenor Georgia, Nathan Deal. Deal berkata, kebakaran dipercayai disebabkan longgokan paip PVC di bawah struktur berkenaan. "Pihak berkuasa tidak dapat mengesahkan pemilik atau individu yang meletakkannya di bawah jambatan itu," kata Deal. Bagaimanapun, situasi itu mencetuskan kebimbangan penduduk setempat yang pada mulanya menyangka asap hitam tebal yang menyelubungi kota itu adalah ribut yang akan membadai atau matahari terbenam lebih awal. - Reuters