SEORANG lelaki mengamalkan ritual pelik apabila memasukkan seorang bayi baru lahir ke dalam perut bangkai haiwan yang dipercayai sama ada kuda atau lembu. Rakaman ritual selama kira-kira seminit itu menunjukkan lelaki yang tidak dikenali itu memegang bayi sebelum memasukkannya ke dalam perut haiwan yang disangka plastik hitam besar. Namun rupa-rupanya, 'plastik' itu merupakan perut haiwan yang dipotong dan dikosongkan organ di dalamnya bagi membolehkan bayi itu dimasukkan. Selepas bayi itu dimasukkan, lelaki itu menutup perut haiwan itu selama 10 saat sebelum dibuka semula dengan disambut orang sorakan beberapa lagi individu yang menyaksikan ritual terbabit. Lokasi ritual itu tidak dapat dipastikan dan motif lelaki itu berbuat demikian juga tidak diketahui. Malah jantina bayi tersebut tidak dapat dipastikan.