HONG KONG: Seramai 11 orang cedera selepas trem dua tingkat terbalik di Hong Kong, kata pihak berkuasa pada Khamis.
Insiden berlaku pada tengah malam Rabu di tengah bandar itu.
Menurut polis, 11 orang termasuk lima wanita mengalami cedera ringan.
Sebahagian mangsa dibawa ke hospital untuk menerima rawatan.
Bagaimanapun setakat ini, tidak dipastikan mengenai punca kemalangan.
South China Morning Post melaporkan pemandu trem dari arah barat mungkin hilang kawalan ketika membawa kenderaan itu, - AFP