suria

Uruguay Negara Pertama Jual Ganja Di Farmasi

GAMBAR HIASAN

MONTEVIDEO: Uruguay akan menjadi negara pertama di dunia yang membenarkan penjualan ganja di farmasi bermula Julai ini.

Menurut ketua Majlis Dadah Kebangsaan, Juan Andres Roballi, pendekatan itu dibuat sebagai langkah terakhir dalam pelaksanaan undang-undang revolusi Amerika Selatan itu yang diluluskan pada tahun 2013 untuk membenarkan pengeluaran, penjualan dan penggunaan ganja.

"Ganja akan diagihkan ke farmasi bermula Julai.

"Kira-kira dalam dua minggu pertama Julai," katanya Andres yang juga merupakan pembantu Presiden.

Mengikut undang-undang penjualan ganja itu, pembeli perlu mendaftar sebagai pengguna ganja bagi memastikan mereka memenuhi prosedur pelesenan dan tidak membuat pembelian melebihi had maksimum sebanyak 40 gram pada setiap bulan.

"Pendaftaran hanya akan dibuka kepada rakyat Uruguay atau penduduk tetap bermula pada 2 Mei," kata Andres.

Sementara itu, Setiausaha Agung Majlis Dadah Kebangsaan, Diego Olivera berkata, ganja akan dijual dengan nilai AS$1.30 (RM5.77) bagi setiap gram.

Ujarnya, ganja tersebut akan dijual dalam paket lima atau 10 gram.

"Sebahagian daripada hasil akan membiayai program pencegahan narkotik kerajaan," katanya.

Uruguay, negara yang mempunyai 3.4 juta orang, mempunyai anggaran 150,000 pengguna ganja biasa. - AFP

Uruguay, Ganja

Artikel Sebelum

Artikel Lain