suria

212 Nombor Cinta - Pelukis Komik Marvel

JAKARTA: Tindakan syarikat Hollywood francais Marvel mengambil tindakan disiplin ke atas pelukis komik Indonesia, Ardian Syaf berhubung kontroversi komik X-Men Gold #1, pelukis berkenaan telah mengumumkan kontraknya dengan syarikat itu telah tamat.

“Kerjaya saya telah tamat. Ini akibat tindakan saya sendiri. Saya akan bertanggungjawab dengan apa yang saya lakukan.

“Tolong hentikan ejekan, tohmahan dan debat. Hentikan kebencian. Saya harap semua dapat bertenang,” katanya menerusi Facebooknya.

Dalam kenyataan sama, Ardian menjelaskan maksud sebenar nombor 212 dan QS 5:51 yang tertera di dalam komik tersebut adalah berkaitan keadilan.

“Ia adalah nombor cinta. Cinta saya kepada kitab suci al-Quran, kepada rasul terakhir dan cinta kepada Tuhan yang satu, Allah.

“Saya mohon maaf atas segala kesulitan ini. Selamat tinggal, semoga Tuhan merahmati anda semua. Saya sayang anda semua,” tambahnya.

Status Facebook tersebut mendapat reaksi netizen dan pelukis komik profesional yang  meluahkan rasa lega dengan berita itu, selain memberi sokongan dan pandangan kepada pelukis tersebut.


Marvel, Ardian

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain