ANGKA kematian tragedi runtuhan sampah di Colombo, Sri Lanka meningkat kepada 26 orang. Runtuhan sampah itu menimbus beberapa buah rumah. Operasi menyelamat masih dijalankan dengan dibantu anggota tentera darat, udara dan polis. Timbunan sampah setinggi 91 meter runtuh pada petang Jumaat menimbus lebih 100 buah rumah dan menyebabkan 600 hilang tempat tinggal menjelang negara itu menyambut perayaan Tahun Baru Tradisional.