SEORANG pembantu pergigian di sebuah Hospital Kerajaan di Phetchaburi, Thailand meraih pendapatan lumayan dengan melakukan kerja sambilan, sebagai penternak dan peniaga udang 'Redclaw'. Pemuda berusia 23 tahun itu mampu meraih keuntungan lebih 40,000 ribu Baht, bersamaan RM5,000 yang didakwa lebih tinggi daripada gajinya sebagai seorang pembantu pergigian di hospital berkenaan.