WANITA ini bukanlah seorang yang berharta atau kaya, tetapi usahanya dipuji netizen kerana sanggup berkorban demi nyawa pengguna jalan raya. Wanita yang tidak dikenali ini bertindak mengedar buah mangga di tepi jalan di Buriram kepada pemandu yang mengantuk ketika dalam perjalanan ke ibu kota selepas cuti sambutan pesta air atau Songkran. Tidak kisah pemandu atau penunggang morosikal dia memangil mereka untuk mengambil buah tersebut untuk diberi secara percuma dan tindakan itu menjadi tular di Thailand dan mendapat pujian daripada netizen