BEIJING: Seorang pesakit dibenarkan menggunakan telefon bimbitnya ketika prosedur pembedahan kakinya sedang dijalankan. Pesakit yang dikenali Zhu itu diberi kebenaran untuk membawa masuk telefon bimbit ke bilik pembedahan kerana doktor mahu dia tebih tenang ketika prosedur pembedahan berlangsung di hospital di Hangzhou, Zhejiang, lapor City Express. "Ia agak tenang - langsung tidak ada perasaan gementar," jelasnya. Tambah Zhu, 69, telefon bimbitnya telah disteril terlebih dahulu sebelum memasuki bilik pembedahan.