suria

Misi 100 Hari Belon Gergasi

-foto NASA

WELLINGTON: Belon udara sebesar sebuah stadium dilancarkan di sini bagi mengumpul data dengan mengelilingi Bumi selama 100 hari.

Belon yang direka Pentadbiran Aeoronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (Nasa) itu dijangka mengelilingi Bumi antara dua hingga tiga kali dalam tempoh itu.

Ia dilancarkan untuk mengesan partikel kosmik tenaga tinggi dari luar galaksi yang menerobos atmosfera Bumi.

Pelancarannya sebelum ini tergendala akibat ribut dan siklon.

“Asal usul partikel ini merupakan misteri yang mahu dirungkai. Adakah ia berasal dari lohong di tengah galaksi atau tempat lain?,” kata ketua projek ber­kenaan daripada Universiti Chicago, Profesor Angela Olinton.

Belon itu dilancarkan pada pukul 11.35 pagi (waktu tempatan) di Wanaka, Pulau Selatan pada Selasa.

Ia akan mengumpul data pada ketinggian 34 kilometer di udara.

New Zealand juga menjadi pangkalan program belon Nasa pada 2015 dan 2016. – AFP



belon udara, Nasa

Artikel Sebelum

UK Akui Ujikaji Agen Saraf VX

Artikel Berikut

Artikel Lain