MISTERI kematian arnab gergasi dalam kargo pesawat United Airlines terjawab apabila pemeriksaan mendapati haiwan itu telah diletakkan dalam bekas sejuk beku sepanjang 16 jam penerbangan ke Chicago. Simon, binatang peliharaan berbulu hitam itu dikatakan secara tidak sengaja telah ditempatkan di dalam bekas yang suhunya. Perbuatan itu dilakukan seorang kakitangan lapangan terbang itu menyebabkan Simon mati kesejukan kerana diletakkan dalam bekas yang suhunya antara 0 hingga dua darjah celsius. Berusia 10 bulan, Simon yang dalam keadaan sihat semasa menaiki pesawat itu dibeli seorang selebriti dan dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa O'Hare, Chicago untuk 'menemui' pemilik baharunya. Pemilik asalnya, Annette Edwards dari Stoulton di Worcester, United Kingdom mempersoalkan kejadian itu dan menganggap sesuatu yang pelik telah berlaku. Edwards dikenali ramai kerana kepakarannya membiak baka haiwan dan ada diantaranya telah mencecah saiz antara yang terbesar didunia seperti bapa Simon yang saiznya mencecah lebih satu meter. Susulan kejadian itu, pihak syarikat penerbangan itu telah menawarkan pampasan kepada pemilik Simon, bagaimanapun nilainya tidak didedahkan. Pemiliknya yang terlalu sedih juga enggan membenarkan syarikat penerbangan itu melakukan bedah siasat bagi mengetahui punca kematian Simon.