suria

Lapan Maut Nahas Pesawat Tentera Cuba

Kawasan lereng bukit yang dipercayai lokasi pesawat tentera Cuba terhempas dan mengorbankan lapan nyawa.

HAVANA: Lapan maut selepas pesawat tentera Cuba terhempas di kawasan lereng bukit, di barat wilayah Artemisa, pagi Sabtu.

Ketika insiden berlaku, cuaca dilaporkan baik dan cerah.

Berikutan itu, tentera menubuhkan satu suruhanjaya khas bagi menyiasat kejadian berkenaan.

Susulan itu, tentera Cuba dalam kenyataannya berkata, pesawat AN-26 buatan Soviet itu berlepas dari lapangan terbang Playa Baracoa, berhampiran Havana pada 6.38 pagi (waktu tempatan), sebelum terhempas di Candelaria, kira-kira 65 kilometer dari lapangan terbang itu.

Bagaimanapun, setakat ini pihak berkuasa tidak mendedahkan sebarang maklumat mengenai kejadian.

Pada November 2010, sebuah pesawat AeroCaribbean dari Santiago menuju ke Havana terhempas dalam cuaca buruk ketika melalui kawasan tengah Cuba dan mengorbankan semua 68 penumpang, termasuk 28 warga asing.

Kejadian itu dianggap sebagai terburuk bencana udara paling dahsyat dalam tempoh dua dekad.

Pada 1989, pesawat tempahan khas Cubana de Aviacion yang dalam penerbangan dari Havana ke Milan, Itali jatuh terhempas sebaik sahaja berlepas, mengorbankan 126 penumpang, termasuk puluhan lagi di lokasi kejadian. - AP


Cuba, AN-26

Artikel Sebelum

Artikel Lain