JAKARTA: Bekas Gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama atau lebih dikenali sebagai Ahok dijatuhi hukuman penjara. Ahok yang berketurunan Cina dan beragama Kristian didapati bersalah menghina agama Islam hingga mencetuskan situasi tegang di negara yang didiami umat Islam paling ramai di dunia itu. Hakim Dwiarso Budi Santiarto dalam penghakimannya di Mahkamah Jakarta memaklumkan, ternyata Basuki bersalah dan dikenakan hukuman penjara dua tahun. - AFP