suria

Macam Mana Boleh Masuk?

HANYA ekor ikan yang boleh dilihat doktor untuk mengeluarkan haiwan tersebut. - Mirror.uk

NEW DELHI: Seorang lelaki di India mengalami detik-detik mencemaskan apabila seekor ikan 'menceroboh' masuk ke dalam rongga tekak sehingga menyebabkan mangsa sukar bernafas dan bercakap.

Dalam kejadian yang berlaku baru-baru ini, mangsa yang dikenali sebagai Santos Dash sedang memancing di sebuah kolam dekat Odisha sebelum ikan yang ditangkapnya terlepas dan melompat memasuki mulutnya secara tidak sengaja.

Ikan itu cuba 'berenang' memasuki rongga tekak menyebabkan dia mengalami kesukaran untuk bernafas.

Orang ramai yang kebetulan berada di lokasi kejadian kemudiannya membawa Dash ke hospital berdekatan tetapi pasukan perubatan gagal mengeluarkan ikan tersebut.


Kemudian dia dipindahkan ke Hospital Appolo di Bhuwaneshwar yang terletak kira-kira 200 kilometer dari kampungnya di Podadhia dan doktor di sana berjaya mengeluarkan ikan itu menggunakan alat penyepit khas.

Pemeriksaan lanjut mendapati tekak lelaki itu mengalami luka teruk akibat terkena sirip tajam ikan berkenaan.

Wakil hospital itu, Dr Sanjeev Gupta berkata, pada awalnya, beliau hanya nampak ekor ikan tersebut yang berukuran 10 sentimeter.


"Kami membawanya ke dewan bedah sebelu memulakan proses mengeluarkan ikan tersebut menggunakan alat khas," katanya menurut laporan portal Mirror.

Dash kini dalam proses pemulihan dan perlu memakai tiub hidung selama 10 hari sehingga benar-benar pulih.


Ikan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain