suria

Video Dua Staf Bertumbuk Dalam Bilik Bedah Tular

HENAN: Video pergaduhan antara dua pekerja perubatan dalam sebuah dewan bedah telah tersebar luas di China.

Rakaman kamera litar tertutup bertarikh 12 Mei menunjukkan dua pekerja bertumbuk ketika pembedahan sedang dijalankan.

Seorang lelaki telah mencampak sarung tangan yang dipakainya kepada seorang perempuan.

Bengang diperlakukan sedemikin, wanita berkenaan bertindak menumbuk lelaki tersebut.

Lelaki itu kemudian terus menumbuk wanita berkenaan berkali-kali manakala staf lain cuba untuk menenangkan keadaan.

Kejadian itu dikatakan berlaku di Lankou, wilayah Henan, di tengah China.

Video di laman media Cina turut memuatkan satu temu bual bersama pegawai penyiasat polis.

Dia memberitahu bahawa pembedahan telah tamat dan pesakit tidak berada di dalam bilik pembedahan pada masa itu.

Pengguna internet yang telah melihat rakaman tersebut mempertikaian kenyataan itu.

Pegawai berkenaan bagaimanapun tidak akan mendedahkan apa punca yang membawa kepada perbalahan tersebut. – The Straits Times/Asia News Network


bilik bedah, gaduh, bertumbuk

Artikel Sebelum

Sedap Kunyah Cacing Pantai

Artikel Berikut

Artikel Lain