suria

Senyuman Banduan Bikin Pegawai Penjara Angau

Shane Boyd. -foto Cavendish

SEORANG pegawai penjara yang mempunyai hubungan sulit dengan banduan dijatuhkan hukum penjara selama lapan bulan.

Kiah Andrusjak telah menyeludup masuk gambarnya yang mengghairahkan dalam seluar dalam untuk diberikan kepada pembunuh Shane Boyd, bersama rokok dan coklat.

Mahkamah Manchester Crown diberitahu bahawa bekas kelasi Tentera Laut Diraja itu mula jatuh cinta dengan Boyd, 24, apabila terlihat lelaki itu bersama banduan lain di penjara.

Mereka kemudian saling berbalas ratusan mesej, dengan Andrusjak, 23, mengetahui Boyd secara 'curi-curi' telah menggunakan telefon sebelum ditangkap.

Boyd, dari Middleton, Greater Manchester, dipenjara seumur hidup kerana membunuh.

Andrusjak, mengaku salah di pejabat awam dan dijatuhi hukuman penjara lapan bulan.

Dia dijangka menjalani hukuman di penjara wanita Styal, sepuluh batu dari sel kekasihnya.

Mahkamah diberitahu pasangan itu mula jatuh cinta pada Mac 2016 apabila Boyd senyum kepadanya di kantin penjara dan dia membalas senyuman tersebut.

Pendakwa, Maria Brennan berkata: "Enam bulan kemudian, pada Disember 2016 penjara menerima tiga laporan berasingan bahawa dia terlibat dalam hubungan romantis dengan seorang kakitangan. Salah satu daripada laporan ini menamakan defendan.

"Defendan akan membawa masuk barang-barang seperti coklat dan tembakau. Satu pertemuan telah diatur dengan kakitangan kanan penjara.

"Defendan telah diperiksa dan sekotak rokok ditemui berserta sampul surat yang mengandungi sembilan gambar, enam gambar defendan berseluar dalam dan gambar lain.

"IPhone miliknya telah dirampas dan begitu juga baranganyang telah diberikan kepada Boyd." -metro.uk

penjara, banduan, pegawai penjara

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain