suria

Serangan Manchester: Mangsa Pertama Maut Didedahkan

Georgina Callander (kiri) bersama Ariana Grande dalam gambar di Instagram, dua tahun lalu. -fotoInstagram

LONDON: Seorang pelajar kolej dari Lancashire menjadi mangsa pertama yang didedahkan maut dalam pengeboman bunuh diri di Manchester Arena, malam Isnin.

Georgina Callander adalah antara 22 orang yang terbunuh dalam letupan tersebut yang berlaku pada akhir konsert penyanyi Amerika Syarikat, Ariana Grande, lapor BBC.

Kematian Callander diumumkan oleh Runshaw College di Leyland, yang menyatakan bahawa pengumuman itu dilakukan dengan perasaan yang amat sedih.

Callender, yang dilaporkan berumur 18 tahun, adalah pelajar tahun kedua kursus sosial dan penjagaan kesihatan.

"Simpati kami, ingatan dan doa mengiringi semua ahli keluarga dan kawan-kawan Georgina dan semua mereka yang terjejas dengan kehilangan ini.

"Kami bersedia menawarkan semua sokongan yang mungkin pada masa tragis ini, termasuk kaunseling dengan pasukan sokongan pelajar kami yang berdedikasi."

Ramai ahli keluarga terdesak untuk mengetahui nasib orang tersayang yang masih hilang menggunakan media sosial untuk meminta bantuan selepas serangan tersebut. -The Straits Times/Asia News Network

Manchester Arena, Ariana Grande

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Hospital Tentera Dibom

Artikel Lain