BEBERAPA minggu lalu hati lelaki ini berbunga-bunga selepas wanita yang dicintainya bersetuju untuk menjadi pasangan sehidup semati. Bagaimanapun hubungan romantis pasangan ini kemudian bertukar menjadi tragedi berdarah apabila tunangnya itu bertindak menikamnya berkali-kali sehingga membuatkan Martyn Brown hampir tidak bernyawa. Vicious Harriet Sharp, 25, menikam Martyn sebanyak 28 kali menggunakan pisau. Martin menyangkakan Vicious seorang yang penyayang tetapi sebenarnya tunangnya itu suka menggunakan kekerasan sehingga menjadikannya mangsa keganasan. Awal bulan ini, wanita berkenaan mengakui terhadap tiga pertuduhan kerana mencederakan dengan niat jahat dan disabitkan hukuman penjara 11 tahun. Martyn, 29, pulih dari kecederaan yang dialaminya tetapi dikatakan mengalami trauma akibat tragedi yang menimpanya. Malah, dia pernah cuba membunuh diri dan masih berada di hospital akibat trauma. Martyn dan Vicious mula menjalinkan hubungan pada musim bungan tahun lalu. Bagaimanapun, tidak disangkakan kisah mereka berdua terpaksa diakhiri dengan keperitan apabila si lelaki mengalami trauma yang melampau dan si wanita meringkuk di dalam penjara. - Mirror