suria

Penjara AS Didenda AS$25,000 Sekat Al-Quran

COLORADO: Gara-gara menyekat hak seorang banduan Islam, sebuah penjara di Amerika Syarikat diarahkan membayar ganti rugi sebanyak AS$25,000 kepada banduan terbabit.

Menurut banduan itu, Marquiss Harris, pihak penjara Adams County enggan memberikan senaskah al-Quran kepadanya untuk dibaca sempena ketibaan bulan Ramadan.

Harris berkata, Quran miliknya dirampas ketika dia dimasukkan ke pusat tahanan tersebut pada 19 Jun 2015.

Pihak mahkamah melihat kes itu sebagai diskriminasi agama dan mengarahkan pihak penjara membayar ganti rugi kepada banduan berkenaan.

Atas perintah tersebut, Jabatan Syerif Adams County bersetuju utuk mengubah dasar sebagai sebahagian penyelesaian kes itu tetapi enggan mengaku melakukan sebarang kesalahan dalam kes berkenaan.

Jabatan penjara itu juga bersetuju memberikan banduan barangan keperluan agama pada waktu yang diperlukan.

Selain itu, banduan juga dibenarkan untuk berkumpul bagi menunaikan ibadah. - CBS DENVER

Quran

Artikel Sebelum

Ramadan Berdarah!

Artikel Berikut

Artikel Lain