suria

Penggodam Rusia Bantu Trump Jadi Presiden?

MOSCOW: Presiden Rusia, Vladimir Putin akhirnya mengakui wujud campur tangan dari negara beliau dalam Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS) pada November lalu yang menyaksikan Donald Trump memenangi pilihan raya tersebut.

Bagaimanapun Putin menafikan penglibatan kerajaan Rusia sebaliknya membangkitkan kemungkinan rakyat Rusia yang patriotik melakukan penggodaman dalam keputusan pilihan raya AS itu.

Jelasnya, individu tersebut mungkin terlibat dala perjuangan menentang pihak yan memburuk-burukkan Rusia.

"Seperti 'artis' yang berkarya sepanjang hari, penggodam juga menghabiskan masa mereka melakukan serangan siber.

"Namun kerajaan Rusia langsung tidak terlibat dalam perkara ini dan saya percaya penggodam tidak boleh mempengaruhi fikiran pengundi," kata beliau.

Isu campur tangan Rusia dalam keputusan pilihan raya tersebut timbul selepas segelintir ahli politik AS mendakwa Moscow terlibat dalam hal tersebut.

Pada Mac lalu, Biro Siasatan Persekutuan (FBI) mengesahkan pihaknya menyiasat dakwaan campur tangan Rusia.

Siasatan itu menjurus potensi hubungan antara Rusia dan kempen Trump sepanjang pilihan raya terbabit. - BBC

Vladimir Putin

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain