suria

Iftar Di Menara Trump Bantah Islamofobia

NEW YORK: Kira-kira 100 penduduk Islam di bandaraya ini berbuka puasa di hadapan Menara Trump bagi membantah tindakan yang disifatkan sebagai retorik Islamofobia oleh Presiden Amerika Syarikat itu.

Majlis pada petang Khamis anjuran kumpulan penyokong pendatang yang turut mendapat sokongan penduduk bukan Islam.

Peserta duduk di tepi jalan selepas solat dan berkongsi makanan termasuk nasi, ayam dan piza.

Polis memantau kumpulan itu seperti dilakukan dengan semua pergerakan berhampiran bangunan milik Donald Trump itu.

Menara Trump di Manhattan adalah lokasi  ibu pejabat empayar perniagaan Trump.

Wanita Pertama, Melania Trump menetap di situ bersama anak bongsu mereka, Baron.

Seorang peserta, Fatoumata Waggeh, 26, rakyat Islam Amerika berketurunan Gambia berkata, beliau menyertai majlis itu bagi menolak retorik negatif yang disebarkan mengenai Islam dan menunjukkan solidariti.

Sementara itu, aktivis persatuan pelarian Yahudi, Maggie Glass, pula berkata, beliau berada di situ bagi menyokong jiran dan rakannya yang beragama Islam.

"Saya rasa ia adalah peluang untuk kami datang sebagai komuniti, menunjukkan kami bersatu," katanya.

Penganjur acara itu, Linda Sarsour, berkata beliau berpuas hati dengan kehadiran. - AFP




Menara Trump

Artikel Sebelum

Artikel Lain