BEIJING: Seorang lelaki didenda kerana memotong bumbung keretanya untuk menampakkan seolah-olah ia kenderaan yang boleh diubahsuai, lapor media China. Lelaki berkenaan cuba melarikan diri apabila dikesan polis di Luoping, wilayah Yunnan. Pemandu kereta itu memandu ke sebuah kilang bata berdekatan, bagaimanapun ditahan anggota polis trafik, lapor News.qq.com. Lelaki berusia 26 tahun itu juga didapati memandu kereta yang tidak menjalani pemeriksaan rasmi untuk tempoh lama. Dia didenda 400 yuan (RM256) dan tiga mata ditolak daripada lesen memandunya. Pada Mac lalu, seorang lelaki di Liuyang, wilayah Hunan didenda kerana mengubahsuai keretanya menjadi seperti Porsche. Lelaki ini dikenakan denda 500 yuan kerana maklumat kereta itu tidak menyamai data pendaftarannya. - South China Morning Post