suria

Austria Haram Burqa

VIENNA: Austria akan menguatkuasakan pengharaman pemakaian burqa bermula 1 Oktober ini selepas meluluskan undang-undang tersebut pada Jumaat lepas.

Pengharaman burqa itu mengikut langkah sama yang dilaksanakan di beberapa negara Kesatuan Eropah.

Perancis adalah negara pertama di rantau Eropah yang mula mengharamkan pemakaian burqa pada 2011.

Di Austria, individu yang melanggar undang-undang baharu itu akan dikenakan denda 150 Euro (RM715), mengikut perundangan yang diluluskan Parlimen pada Mei lepas dan ditandatangani oleh Presiden awal minggu ini.

Langkah lain termasuk sekatan terhadap penyebaran bahan ekstremis dan imigran perlu menandatangani kontrak integrasi.

Program integrasi selama 12 bulan itu termasuk kursus nilai-nilai murni dan bahasa Jerman.

Kegagalan menghadirinya akan menyebabkan pemotongan pembayaran keselamatan sosial.

Undang-undang tersebut diperkenalkan kerajaan de­ngan sokongan kumpulan berhaluan kanan selepas ketibaan 90,000 pencari suaka sejak tahun 2015. – AFP




burqa, Austria

Artikel Lain