suria

Siswazah Norway Dilarang Pakai Burqa

OSLO: Kerajaan Norway mengemukakan rang undang-undang larangan pemakaian burqa di semua institut pendidikan bagi melancarkan proses pembelajaran.

Isu berkenaan timbul susulan masalah komunikasi yang wujud antara pelajar dan tenaga pengajar yang mengenakan burqa atau niqab.

Parti memerintah pakatan konservatif dan parti anti-imigran berhaluan kanan berikrar mahu menjalankan pengharaman itu sejak tahun lalu.

“Kami tidak mahu niqab dipakai di semua institut pendidikan. Niqab menyekat corak komunikasi yang baik, di mana adalah penting untuk pelajar menerima pendidikan terbaik,” kata Menteri Pendidikan dan Penyelidikan, Roe Isaksen dalam satu kenyataan dikeluarkan.

Sehari sebelum itu, Austra memutuskan untuk melaksanakan pengharaman pemakaian burqa berkuat kuasa 1 Oktober ini.- AFP



burqa, Noway

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Bencana Alam Badai Turki

Artikel Lain