suria

Tujuh Kru USS Fitzgerald Maut Dalam Kapal

YOKOSUKA:Tujuh kru kapal pemusnah perang Amerika Syarikat, USS Fitzgerald yang dilaporkan hilang ditemui mati pagi Ahad.

Kru berkenaan hilang selepas kapal perang itu berlanggar dengan kapal kontena Filipina, ACX Crystal kira-kira 56 batu nautika di barat daya Yokosuka, Jepun pada jam 2.30 pagi Sabtu.

Menurut pihak tentera laut Amerika Syarikat, beberapa kru yang hilang ditemui mati di ruang rosak kapal perang itu.

"Anggota tentera yang dikesan penyelam, maut. Dibawa ke (hospital tentera) USNH Yokosuka untuk dikenal pasti.

"Ketika kru mencari dan menyelamat berjaya memasuki ruang yang rosak akibat perlanggaran itu, mereka yang hilang dikesan di bahagian yang dipenuhi air," kata Komander Tentera Laut AS di Jepun dalam Twitter.

Dalam kenyataan berasingan yang tidak mengesahkan kematian, Armada Ketujuh AS, berkata 'sebilangan' kru sudah ditemui. 


USS Fitzgerald

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain