suria

Tuan Presiden Makan Apa Tu?

SESI wawancara secara langsung bersama Presiden Costa Rica, Luis Guillermo Solis diganggu dengan kedatangan tetamu tidak diundang yang turut mengejutkan seorang wartawan bersebelahan pemimpin itu.

Ini kerana tetamu tidak diundang itu merupakan seekor penyengat yang secara tiba-tiba muncul di depan Guillermo dan masuk ke dalam mulut presiden itu yang sedang bercakap.

Lebih melucukan, Guillermo secara bersahaja mengunyah serangga berbisa itu dan tidak menunjukkan sebarang reaksi panik.

“Saya makan serangga!”, dia berkata di hadapan krew kamera dan wartawan.

Guillermo sempat bergurau apabila menghabiskan hidangannya itu dan beliau diberikan sebotol air.

“Awak tidak melihatnya setiap hari, mereka akan menghantar (video) ke CNN, protein semata-mata!,” guraunya.

Aksi melucukan itu sempat dirakamkan oleh jurukamera di lokasi kejadian. - Mail Online

Luis Guillermo Solis

Artikel Sebelum

Tidak Makan Selama 9 Tahun

Artikel Lain