ROME: Polis Itali memburu seorang lelaki yang berjaya 'memperbodohkan' pihak berkuasa, para diplomat dan juga pelakon terkenal, Pamela Anderson dengan mendakwa dirinya sebagai putera dari Montenegro, sebuah negara kecil di timur Eropah. Lelaki yang dirahsiakan namanya, menggelar dirinya sebagai Putera Stefan Cernetic dari Montenegro dan Macedonia, dan membuat akaun Facebook dan laman web untuk menunjukkan watikah-watikahnya yang palsu selain berkomplot bersama duta palsunya di Itali. Polis di bandar Brindisi, di selatan Itali, mendakwa kedua-dua lelaki itu, masih gagal dikesan dan usaha memburu mereka giat dijalankan. Media tempatan mendakwa, lelaki berkenaan, masing-masing berusia 57 tahun dan 63 tahun, mempunyai rekod jenayah lampau. Jelas laporan media kedua-dua mereka melawat Itali dengan menaiki kereta mewah Mercedes dan menggunakan plat dan bendera diplomatik Republik Montenegro. Tetapi perbuatan mereka mendatangkan curiga apabila menghabiskan masa selama seminggu di sebuah pusat peranginan mewah di Puglia pada Ogos lalu apabila kos perbelanjaan mereka diserahkan kepada Kementerian Luar Montenegro. Bagaimanapun kementerian terbabit enggan bertanggungjawab atas kos itu. Pihak berkuasa melancarkan siasatan dan melakukan pemeriksaan, sekali gus membongkar penemuan banyak setem, permit diplomatik dan sijil anugerah antarabangsa yang dipaparkan dengan lengan dan logo Montenegro. Kesemua barangan itu disita oleh pihak berkuasa. Facebook putera palsu itu mula dibuka pada 2 Februari 2014, menyaksikan beberapa individu terkemuka yang ditemuinya, selain mengadakan penganugerahan darjah kerhormatan yang palsu, anugerah-anugerah, dan pelbagai kehormatan. Antara gambar yang dimuatnaik dalam Facebokk itu termasuk ahli perniagaan, ahli politik, putera diraja Monaco, Putera Albert II, dan ahli-ahli tertinggi Gereja Katolik dan Ortodoks. Walaupun polis sedang giat memburu mereka, beberapa laporan telah dibuat berkenaan aktiviti palsu ‘putera’ itu sebelum ini. Laman web Fake Titles and Orders telah mendedahkan helah itu pada April 2014, dan pada November, yang melaporkan putera berkenaan pernah bertemu dengan Pamela Anderson, yang kononnya memberi anugerah kepada pelakon wanita itu. Pada 2013, akhbar Itali II Fatto Quotidiano membuat laporan tentang ‘Putera Montenegro’ yang menikmati hidangan sebanyak €50 (RM239) di sebuah restoran Tusca sebagai pertukaran untuk mendapat nasihat di laman web TripAdvisor. - Newsweek