suria

Keluarga Pelajar Bekas Tahanan Korea Utara Tolak Bedah Siasat

Fred Warmbier berucap kepada pihak media mengenai anaknya, Otto. - Reuters

KELUARGA pelajar bekas tahanan Korea Utara, Otto Wambier yang meninggal dunia selepas dibebaskan, menolak untuk melakukan bedah siasat ke atas mayat anak mereka.

Pelajar Amerika Syarikat, 22, yang berasal dari Ohio itu dihantar pulang dalam keadaan koma  dan meninggal dunia selepas beberapa hari dibebaskan oleh kerajaan Korea Utara atas dasar kemanusiaan.

Lapor portal berita Mirror, para doktor mendedahkan bahawa mangsa mengalami kerosakan otak yang teruk selepas ditahan selama 17 bulan.

Keluarga Otto tidak mendedahkan alasan mengapa mereka tidak mahu melakukan bedah siasat itu walaupun prosedur tersebut dapat menunjukkan punca sebenar mangsa terlantar koma.

Penyiasat Daryl Zornes berkata, Pejabat Koroner Daerah Hamilton masih merujuk dengan doktor yang merawat pelajar itu di sebuah hospital di Cincinnati sebelum membuat kesimpulan tentang kematiannya.

Penyiasat juga terus mengkaji semula imej radiologi dan menunggu rekod perubatan tambahan yang diminta oleh koroner.

Beliau enggan memberikan jangkaan waktu yang akan diambil oleh pejabat koroner untuk menyelesaikan siasatan itu.

Otto menitiskan air mata ketika membuat sidang media semasa dia masih hidup. - AFP

Otto ialah seorang pelajar di University of Virginia telah ditangkap di Korea Utara pada Januari 2016 ketika melawat negara itu sebagai pelancong.

Menurut media Korea Utara, Wambier ditahan kerana kesalahan mencuri barang berkaitan dengan slogan propaganda.

Otto Warmbier, Korea Utara

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain