suria

Susan Boyle Dilempar Bara Api

BINTANG realiti TV Britain's Got Talent, Susan Boyle (gambar) diserang tanpa belas kasihan oleh sekumpulan remaja pada malam Sabtu.

Saksi kejadian mendakwa Susan yang juga seorang penghidap Sindrom Asperger dibuli oleh seramai 15 orang remaja yang tinggal berhampiran kediaman bintang itu di West Lothian, Scotland.

Gangster remaja itu membaling kertas yang terbakar ke arah Susan dalam satu serangan dan kemudiannya membaling batu pada bas yang dinaikinya dalam serangan yang lain.

Serangan tersebut dikatakan semakin teruk sehingga wakil bintang yang berusia 56 tahun itu merancang untuk memanggil bantuan polis.

Remaja yang terlibat dalam insiden itu turut didakwa terlibat dalam beberapa serangan lain ke atas penduduk setempat.

Mereka memanggil Susan dengan gelaran tidak senonoh seperti perempuan tua yang hodoh ketika mereka menyerangnya di pusat beli-belah Mill Cenyre di West Lothian, kata seorang saksi kepada Mirror.

Jiran Susan memberitahu polis bahawa kumpulan remaja itu yang berusia antara 16 hingga 18 tahun pernah mengganggu penduduk yang lain.

Susan Boyle

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain