suria

Bela Kucing Dalam Pejabat Demi Ceriakan Pekerja

SYARIKAT Ferray percaya kucing mampu menghilangkan tekanan pekerja. - AFP

TOKYO: Pelbagai cara telah dipraktikan oleh majikan yang prihatin terhadap tekanan kerja yang dihadapi oleh staf termasuk menaikkan gaji, memberi bonus atau pakej percutian demi menjaga kebajikan pekerja.

Berbeza dengan sebuah syarikat di Jepun, kucing dijadikan sebagai satu elemen untuk menghilangkan pekerja ini.

Syarikat teknologi maklumat Ferray di ibu negara Jepun, menggunakan cara unik itu dengan membela beberapa ekor kucing di pejabat bagi memastikan tahap keceriaan pekerjanya tidak terjejas.

Sebanyak sembilan ekor kucing dibela di syarikat teknologi maklumat Ferray di Tokyo di mana haiwan itu dibenarkan makan, tidur malah dibiarkan berkeliaran di dalam pejabat berkenaan.

Hidenobu Fukuda yang mengetuai syarikat itu memperkenalkan polisi "pejabat kucing" pada tahun 2000 selepas mendapat permintaan pekerjanya bagi membenarkannya kucing peliharaanya dibawa ke tempat kerja.

"Saya juga memberikan 5,000 yen (RM193) kepada pekerjanya yang menyelamatkan kucing," katanya menurut laporan AFP.

Pekerja syarikat Ferray, Eri Ito berkata, kehadiran kucing menghilangkan tekanan kepadanya.

"Ketika melihat kucing tidur bersebelahan, ia menghilangkan tekanan," kata Ito.

Dalam pada itu, Fukuda mengakui, kehadiran haiwan itu juga turut mendatangkan masalah.

"Kadang-kadang kucing akan berjalan pada telefon dan memutuskan talian atau mereka turut menutup komputer ketika berjalan-jalan di suis," katanya

Beberapa syarikat lain di Jepun turut membenarkan haiwan dibawa ke pejabat untuk membantu mengurangkan tekanan dan kepenatan.

Pesona Group turut "mengupah" dua ekor kambing pada tahun 2011 dan dua biri-biri pada tahun 2013 sebagai 'pekerja' sepenuh masa bagi mengurangkan tekanan pekerja.

Tokyo menyaksikan kira-kira 60 kafe kucing berdaftar di bandar itu.

Kucing, Ferray

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain