suria

Mesir Ampun Banduan

KAHERAH: Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi mengeluarkan perintah pengampunan kepada 502 banduan menjelang sambutan Aidilfitri.

Sumber keselamatan negara itu berkata, antara banduan terbabit adalah ahli perniagaan terkenal, Hesham Talaat Moustafa.

Hesham Taalat adalah bekas pengerusi pemaju hartanah terbesar Mesir Talaat Mostafa Group, yang dipenjara selama 15 tahun kerana membayar pembunuh upahan untuk membunuh bintang pop Lubnan, Suzanne Tamim pada 2008.

Reuters melaporkan ahli perniagaan itu diberi pengampunan atas sebab kesihatan.

Agensi berita Mena pula menyiarkan, tiada senarai nama diberikan, namun banduan terbabit termasuk 25 wanita dan sejumlah besar belia yang dipenjarakan kerana menyertai tunjuk perasaan.

Sejak merampas kuasa daripada Ikhwanul Muslimin pada pertengahan 2013, Abdel Fattah mengetuai tindakan keras puak Islam yang menyaksikan ratusan terbunuh, manakala ribuan lain dipenjarakan. Aktivis dan pembangkang liberal turut dipenjarakan. - Reuters

Abdel Fattah, Hesham Taalat

Artikel Sebelum

Tertimbus Hidup-Hidup

Artikel Berikut

Artikel Lain