Kejadian itu berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Denver di Colorado, Amerika Syarikat (AS) selepas pesawat itu tiba dari Aspen.
Enjin pesawat itu terbakar secara tiba-tiba menyebabkan kesemua penumpang panik dan diarahkan keluar menyelamatkan diri sebaik sahaja kapal terbang jenis Bombardier CRJ-701 berhenti di landasan.
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu.
Punca sebenar kejadian masih lagi disiasat. - MAIL ONLINE