suria

Anak Biar Mayat Ibu Mereput Tengah Jalan

Mayat seorang ibu yang ditemukan mereput di atas jalan di Saratov, Rusia. - Mirror

MAYAT seorang ibu ditemui mereput di atas jalan selepas anak lelakinya meninggalkan mayatnya kerana tidak mampu menanggung kos pengebumian.

Cecair mula keluar daripada mayat wanita berusia 70 tahun itu selepas ditinggalkan begitu sahaja oleh anaknya yang menganggur yang terdahulu menyimpan mayat itu di rumah mereka selama tiga hari.

Namun, apabila mayat yang tidak dinamakan itu mula mereput, pemuda berusia 30 tahun itu membuat keputusan untuk meninggalkan mayat ibunya di jalan di tengah bandar Saratov, Rusia.

Pemuda berkenaan membungkus mayat ibunya menggunakan kotak dengan niat untuk membiarkan ia reput dengan sendiri di atas jalan tersebut.

Pihak polis telah menjalankan siasatan selepas menemui mayat itu pada pukul 3 pagi Rabu.

Dipercayai wanita malang itu sudah meninggal dunia sejak Khamis lalu dan pihak polis sedang menjalankan bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian. - Mirror

berita pelik

Artikel Sebelum

Parlimen Venezuela Diserang

Artikel Berikut

Artikel Lain